DAIKIN AIR SELECT

DASAR PRIVASI BAGI DAIKIN AIR SELECT

Kali terakhir diubah suai: 4 Disember 2025

Daikin Industries (Thailand) Ltd. (selepas ini, "DIT", "kami", atau "milik kami") membangunkan dan mengendalikan satu aplikasi dengan perkhidmatan serta ciri sokongan khusus yang direka bentuk untuk memperkemas komunikasi antara pengguna dan aplikasi yang disambungkan secara terus dengan peranti-perantinya (contohnya, penyaman udara dan pembersih udara), yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman pengurusan dan sokongan peranti yang lancar serta berfokuskan pengguna (selepas ini "DAIKIN AIR SELECT").

Kami dan syarikat-syarikat gabungan kami ("Daikin Group") komited sepenuhnya terhadap perlindungan Data Peribadi anda dalam semua aspek, termasuk pengumpulan, penggunaan, penzahiran, pemindahan, dan sebarang bentuk pemprosesan lain ("Memproses", "Pemprosesan" atau "Diproseskan") terhadap Data Peribadi anda. Bagi memenuhi komitmen ini, kami melaksanakan berbagai-bagai jenis langkah yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi anda. Langkah-langkah ini memastikan bahawa semua Data Peribadi yang dikumpulkan daripada Subjek-subjek Data (selepas ini "Pengguna", "Pelanggan", "anda", atau "milik anda") khususnya melalui DAIKIN AIR SELECT dikendalikan dan diproses dengan selamat, sulit, dan selaras sepenuhnya dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai ke atas kami (selepas ini "Undang-undang Perlindungan Data Terpakai"). Bagi mengelakkan keraguan, terma “Data Peribadi” merujuk kepada apa-apa maklumat yang mengenal pasti atau boleh digunakan untuk mengenal pasti seorang individu yang masih hidup, atau apa-apa terma setara seperti yang ditakrifkan di bawah Undang-undang Perlindungan Data Terpakai.

Dasar Privasi ini terdiri daripada:

A. bahagian hadapan ini, yang menetapkan prinsip-prinsip umum yang diguna pakai oleh DIT apabila Memproses Data Peribadi melalui DAIKIN AIR SELECT; dan

B. suatu adendum bagi Data Peribadi yang (i) berasal dari; atau (ii) Diproses di negara tertentu, termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam (selepas ini “Adendum Khusus Negara").

Jika anda menetap di salah satu negara tersebut, kami menggalakkan anda membaca Adendum Khusus Negara yang berkaitan dengan negara bidang kuasa anda, kerana ia mengandungi maklumat tambahan penting mengenai Pemprosesan oleh kami terhadap Data Peribadi yang berasal dari atau Diproses di negara-negara tersebut. Sekiranya terdapat percanggahan antara terma-terma dalam Dasar Privasi ini dan terma-terma dalam Adendum Khusus Negara yang berkenaan, terma-terma dalam Adendum Khusus Negara tersebut akan diguna pakai.

Melainkan jika ditakrifkan sebaliknya di sini, istilah-istilah bermula huruf besar akan membawa maksud yang sama seperti yang ditetapkan di bawah Undang-undang Perlindungan Data Terpakai.

Sila ambil perhatian bahawa Dasar Privasi ini hanya terpakai kepada aktiviti-aktiviti Pemprosesan yang berkaitan dengan DAIKIN AIR SELECT. Data Peribadi anda mungkin Diproses bagi tujuan-tujuan lain di luar skop Dasar Privasi ini, seperti semasa aktiviti-aktiviti jualan atau pengedaran. Bagi tujuan-tujuan tersebut, sila rujuk dasar-dasar privasi berasingan bagi entiti penjual yang berkenaan dengan siapa anda mempunyai hubungan kontrak.

Selain itu, sila ambil perhatian bahawa kempen-kempen, promosi-promosi, program-program, aplikasi-aplikasi atau tapak-tapak web tertentu yang diwujudkan oleh DIT mungkin ditadbir oleh terma-terma atau dasar-dasar privasi tambahan mereka yang tersendiri, yang mungkin berbeza daripada Dasar Privasi ini. Kami menggalakkan anda membaca dengan teliti terma-terma atau dasar-dasar tambahan tersebut sebelum menyertai atau menggunakan kempen-kempen, promosi-promosi, program-program, aplikasi-aplikasi atau tapak-tapak web tersebut, kerana Pemprosesan Data Peribadi anda dalam keadaan-keadaan tersebut akan ditadbir oleh terma-terma dan/atau dasar-dasar privasi tambahan tersebut, yang mungkin merangkumi amalan-amalan Pemprosesan Data Peribadi anda yang berbeza.

Sekiranya terdapat percanggahan antara versi bahasa Inggeris Dasar Privasi ini dengan versi dalam mana-mana bahasa lain, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.

1. PENGAWAL DATA DAN PEMPROSES DATA

PENGAWAL DATA

DIT tertakluk kepada Undang-undang Perlindungan Data Terpakai dan boleh bertindak sebagai Pengawal Data atau Pemproses Data, bergantung pada aktiviti Pemprosesan yang terlibat.

Kami memaklumkan anda bahawa sebarang Data Peribadi yang anda serahkan melalui DAIKIN AIR SELECT akan digunakan bagi tujuan-tujuan yang diperihalkan di bawah oleh DIT, yang bertindak secara bebas sebagai Pengawal Data, Pengguna Data, atau apa-apa penetapan lain yang sama seperti yang ditakrifkan oleh Undang-undang Perlindungan Data Terpakai, yang bermaksud bahawa mereka bertanggungjawab untuk menentukan bagaimana dan mengapa Data Peribadi anda diproses selaras dengan undang-undang tersebut.

PEMPROSES DATA

Dalam kes-kes tertentu, kami boleh bertindak sebagai Pemproses Data bagi pihak syarikat-syarikat lain dalam Daikin Group yang dianggap sebagai Pengawal Data bagi sebarang Pemprosesan Data Peribadi dalam talian atau luar talian.

Dalam semua keadaan, entiti Pengawal Data dalam Daikin Group hendaklah memastikan bahawa langkah-langkah privasi yang sewajarnya, seperti perjanjian-perjanjian pemprosesan data, disediakan.

2. DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL DAN TUJUANNYA

DIT, setakat mana yang perlu, memproses Data Peribadi anda yang disediakan melalui DAIKIN AIR SELECT.

Kami hanya boleh Memproses Data Peribadi anda selanjutnya:

  • sekiranya tujuan Pemprosesan lanjut tersebut serasi dengan tujuan pengumpulan awal Data Peribadi anda;
  • sekiranya anda memberikan persetujuan kepada Pemprosesan lanjut bagi tujuan yang baharu dan tidak serasi dengan tujuan pengumpulan awal Data Peribadi anda; dan
  • sekiranya sebaliknya diperlukan atau dibenarkan oleh Undang-undang Perlindungan Data Terpakai.

Bergantung pada tujuan khusus setiap aktiviti Pemprosesan dan hanya setakat yang perlu, anda mungkin diminta memberikan pelbagai jenis Data Peribadi kepada kami. Ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut

  1. Maklumat profil dan akaun: nama akaun dan butiran log masuk, alamat e-mel, dan gambar profil
  2. Maklumat hubungan: nombor telefon
  3. Maklumat lokasi: lokasi rumah (GPS), lokasi telefon bimbit, negara, zon masa
  4. Maklumat peranti: maklumat penyaman udara, APU (SSID, alamat MAC), operasi, IP rangkaian awam
  5. Data penggunaan: maklumat penggunaan elektrik
  6. Maklumat lain: apa-apa maklumat lain yang anda berikan melalui DAIKIN AIR SELECT

Jenis-jenis sebenar Data Peribadi yang diminta akan berbeza bergantung kepada perkhidmatan atau fungsi tertentu yang anda akses dalam DAIKIN AIR SELECT.

Setelah dikumpulkan, kami menggunakan Data Peribadi tersebut bagi pelbagai tujuan. Tujuan-tujuan tersebut disenaraikan di bawah:

Tujuan Asas Undang-undang

Untuk menyediakan perkhidmatan melalui DAIKIN AIR SELECT

Kami menggunakan maklumat profil dan akaun anda, maklumat hubungan, maklumat lokasi, maklumat peranti dan data penggunaan untuk memenuhi kewajipan kami di bawah Terma-terma Penggunaan DAIKIN AIR SELECT dan untuk melaksanakan semua proses yang perlu bagi:

  • Mewujudkan dan mengurus akaun-akaun pengguna dalam DAIKIN AIR SELECT, memastikan pengenalpastian pengguna yang selamat dan tepat;
  • Mengurus dan mengawal akses anda kepada DAIKIN AIR SELECT, termasuk pengesahan, kebenaran, dan kebenaran pengguna;
  • Melaksanakan sebarang aktiviti lain yang diperlukan di bawah Terma-terma Penggunaan DAIKIN AIR SELECT atau mana-mana perjanjian lain yang dimasuki antara kami dan anda, termasuk yang anda mungkin sertai dari semasa ke semasa;
  • Menyediakan sokongan dan bantuan teknikal yang menyeluruh, membuat konfigurasi tetapan sistem mengikut keperluan anda, serta menyelesaikan sebarang isu atau masalah yang mungkin berlaku dengan DAIKIN AIR SELECT bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar dan tanpa gangguan.

  • Kewajipan Kontraktual
  • Persetujuan (jika anda menetap di bidang kuasa, di mana keperluan kontraktual bukan asas undang-undang bagi pemprosesan Data Peribadi)

Untuk memudahkan saluran-saluran komunikasi antara pengguna dan pasukan khidmat pelanggan

Kami memproses Data Peribadi anda serta sebarang maklumat lain yang anda berikan melalui DAIKIN AIR SELECT apabila menghubungi pasukan khidmat pelanggan tempatan kami, bagi memudahkan dan membalas komunikasi anda dengan mereka.

  • Kewajipan Kontraktual
  • Persetujuan (jika anda menetap di bidang kuasa, di mana keperluan kontraktual bukan asas undang-undang bagi pemprosesan Data Peribadi)

Tuntutan dan Pertikaian Undang-undang

Kami boleh menggunakan Data Peribadi sebagai bukti dan untuk memastikan, menjalankan atau mempertahankan hak kami atau hak pihak yang kami wakili (contohnya dalam pertikaian) di mana-mana bidang kuasa mana-mana negara (contohnya, antara lain, hak kami untuk mempertahankan diri daripada tindakan persaingan tidak adil atau hak kami menuntut penyelesaian invois yang belum dibayar).

  • Kepentingan Sah
  • Persetujuan (apabila kepentingan sah tidak boleh digunakan sebagai asas undang-undang bagi pemprosesan data dalam bidang kuasa anda)

Pencegahan Penipuan atau Jenayah

Kami juga boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah dan risiko-risiko siber.

  • Kepentingan Sah
  • Kewajipan Undang-undang
  • Persetujuan (apabila kepentingan sah atau kewajipan undang-undang tidak boleh digunakan sebagai asas undang-undang bagi pemprosesan data dalam bidang kuasa anda)

Urusan Korporat dan Perkemasan (Corporate Business and Housekeeping

Kami boleh Memproses Data Peribadi anda termasuk maklumat profil dan akaun anda, maklumat hubungan, maklumat lokasi, maklumat peranti, data penggunaan dan maklumat lain bagi tujuan perniagaan dalaman, termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) menambah baik DAIKIN AIR SELECT, (ii) menghasilkan dan berkongsi wawasan agregat yang diperoleh daripada statistik penggunaan atau data penggunaan, atau (iii) membandingkan kadar penggunaan dan penerimaan antara Pelanggan dan organisasi-organisasi lain; dengan syarat bahawa DIT hanya akan menggunakan statistik penggunaan dan data penggunaan tersebut dalam bentuk yang dianonimkan, dinyahidentifikasikan atau diagregatkan yang tidak mengenal pasti Pelanggan atau mana-mana individu (“Data Dinyahidentifikasi”).

Kami juga boleh menghantar dan/atau secara bersama menggunakan Data Peribadi yang dikumpulkan dalam Daikin Group dan/atau rakan-rakan kongsi perniagaannya hanya apabila diperlukan dan bagi tujuan menyediakan laporan-laporan berkala mengenai hasil dan aspek-aspek berkaitan perniagaan, pelan-pelan perniagaan dan strategi-strategi korporat.

  • Kepentingan Sah
  • Persetujuan (apabila kepentingan sah tidak boleh digunakan sebagai asas undang-undang bagi pemprosesan data dalam bidang kuasa anda)

Untuk mematuhi undang-undang yang terpakai

Kami mungkin dikehendaki Memproses Data Peribadi anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan, perintah-perintah, notis-notis atau peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

  • Kewajipan undang-undang
  • Persetujuan (apabila kewajipan undang-undang tidak boleh digunakan sebagai asas undang-undang bagi pemprosesan data dalam bidang kuasa anda)


Terdapat keadaan-keadaan tertentu di mana Data Peribadi diperlukan bagi tujuan-tujuan meneruskan permintaan anda untuk memasuki kontrak dengan kami, atau untuk melaksanakan kewajipan kami di bawah kontrak dengan anda. Dalam keadaan sedemikian, sekiranya anda tidak memberikan Data Peribadi yang diperlukan, DIT mungkin tidak dapat meneruskan permintaan anda, atau mungkin tidak dapat melaksanakan kewajipan kami di bawah kontrak tersebut dengan anda, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.

Selain itu, bagi tujuan-tujuan pematuhan undang-undang, jika anda tidak memberikan Data Peribadi yang diperlukan kepada kami, ia boleh menyebabkan DIT dan/atau anda, mengikut keadaan, melanggar atau tidak mematuhi undang-undang berkenaan.

3. ADAKAH DATA PERIBADI YANG DIKUMPUL AKAN DIZAHIRKAN KEPADA PIHAK KETIGA?

Bagi tujuan-tujuan di atas, kami mungkin perlu mendapatkan perkhidmatan, kaunseling, dan/atau bantuan daripada pihak ketiga. Perkhidmatan-perkhidmatan ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada penyelenggaraan DAIKIN AIR SELECT dan pembaikan pepijat (bug fixing), pembelian DAIKIN AIR SELECT, pengehosan data, kaunseling berkaitan pematuhan undang-undang dan peraturan, serta pembangunan DAIKIN AIR SELECT.

Dalam hal ini, setakat yang perlu bagi tujuan-tujuan tersebut, kami boleh menghantar atau menzahirkan Data Peribadi yang kami kumpulkan kepada mana-mana individu atau entiti undang-undang, termasuk subkontraktor dan rakan kongsi perniagaan yang merupakan pihak-pihak ketiga, dengan syarat mereka terlibat dalam penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan yang disebutkan kepada DIT. Setiap kali kami perlu menghantar atau menzahirkan sebarang Data Peribadi kepada pihak-pihak ketiga, kami akan memastikan bahawa langkah-langkah perlindungan privasi yang sewajarnya dilaksanakan. Langkah-langkah ini termasuk, sebagai contoh, memasuki perjanjian pemprosesan data dengan pihak ketiga selaras dengan peruntukan-peruntukan Undang-undang Perlindungan Data Terpakai, memerlukan pihak ketiga mematuhi prinsip-prinsip dan peruntukan-peruntukan undang-undang yang sama, serta memastikan mereka mematuhi piawaian-piawaian keselamatan yang wajar untuk melindungi Data Peribadi anda.

4. PENYIMPANAN DAN KRITERIA

Kami tidak menyimpan Data Peribadi anda selama-lamanya. Kami menggunakan Data Peribadi anda hanya bagi tujuan mencapai matlamat-matlamat yang diterangkan di atas. Apabila matlamat tersebut tidak lagi wujud, kami komited untuk memadamkan Data Peribadi, kecuali jika pengarkiban diperlukan oleh undang-undang di peringkat antarabangsa atau kebangsaan.

Bergantung kepada jenis Data Peribadi, tempoh penyimpanan asas ditentukan oleh tempoh penyimpanan statutori atau tempoh had statutori di bawah undang-undang terpakai, bermula selepas tamat kontrak atau penamatan hubungan perniagaan, ditambah satu tahun. Tempoh tersebut boleh menjadi lebih lama jika diperlukan bagi melaksanakan hak-hak kami, atau sebagaimana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang terpakai.

Sekiranya tiada tempoh penyimpanan ditetapkan oleh undang-undang, tempoh penyimpanan boleh menjadi lebih singkat selaras dengan, tetapi tidak terhad kepada, satu atau lebih kriteria berikut: tempoh kontrak dan kewajipan undang-undang; keperluan perniagaan dan organisasi; hubungan perniagaan jangka panjang; sama ada tujuan data peribadi tersebut dikumpulkan masih dipenuhi atau tidak.

Seperti yang telah dinyatakan, kami komited sedaya upaya untuk bekerja dengan Data Peribadi yang diagregatkan, dianonimkan atau dipseudonimkan dan dalam semua keadaan, ia akan menamatkan hubungan kepada individu-individu secepat mungkin.

5. HAK ANDA SEBAGAI SUBJEK DATA DAN CARA UNTUK MELAKSANAKANNYA

Apabila Data Peribadi anda tertakluk kepada Pemprosesan, dan bergantung pada negara tempat anda tinggal atau mengakses atau menggunakan DAIKIN AIR SELECT, serta tertakluk kepada syarat-syarat dan had-had di bawah Undang-undang Perlindungan Data Terpakai, anda mungkin mempunyai beberapa hak sebagai Subjek Data yang boleh dilaksanakan, seperti yang disenaraikan di bawah.

Sila berikan butiran yang sejelas mungkin setiap kali anda ingin melaksanakan hak-hak anda. Kami hanya dapat menjawab pertanyaan yang dikemukakan dengan maklumat yang mencukupi. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda dengan seberapa terperinci yang perlu untuk mengelakkan pihak lain daripada cuba melaksanakan hak-hak anda.

a) Hak untuk menarik balik persetujuan:

Anda boleh menarik balik persetujuan pada bila-bila masa sekiranya Pemprosesan Data Peribadi anda bergantung kepada persetujuan.

b) Hak untuk mengakses dan mendapatkan salinan:

Anda boleh mengakses atau mendapatkan salinan Data Peribadi anda, termasuk hak untuk meminta penzahiran sumber Data Peribadi anda yang diperoleh tanpa persetujuan anda.

c) Hak untuk pembetulan:

Anda boleh meminta kami membetulkan, mengemas kini atau melengkapkan Data Peribadi anda untuk memastikan ia adalah tepat dan tidak mengelirukan.

d) Hak untuk pemadaman atau pemusnahan:

Anda boleh meminta kami memadam, memusnahkan, atau menyahidentifikasikan Data Peribadi anda, contohnya apabila Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan bagi tujuan-tujuan ia dikumpulkan.

e) Hak untuk membantah:

Anda boleh membantah Pemprosesan Data Peribadi anda dalam keadaan-keadaan tertentu.

f) Hak untuk kemudahalihan data:

Anda boleh meminta untuk menerima Data Peribadi anda daripada DIT yang telah diaturkan dalam format yang lazimnya boleh dibaca atau digunakan oleh alat-alat atau peralatan automatik, dan boleh digunakan atau dizahirkan melalui cara-cara automatik, serta meminta DIT untuk menghantar atau memindahkan Data Peribadi anda dalam format tersebut kepada pengawal-pengawal data lain, termasuk meminta untuk menerima Data Peribadi dalam format tersebut yang telah dipindahkan oleh pengawal data kepada Pengawal-pengawal Data lain.

g) Hak untuk mengehadkan penggunaan:

Anda boleh meminta kami mengehadkan penggunaan Data Peribadi anda dalam keadaan-keadaan tertentu.

h) Hak untuk membuat aduan:

Anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa penyelia jika anda percaya bahawa Pemprosesan Data Peribadi anda oleh DIT tidak mematuhi Undang-undang Perlindungan Data Terpakai atau undang-undang lain yang relevan. Namun begitu, kami memohon agar anda menghubungi kami melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam Klausa 7 Hubungi Kami terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan supaya kami dapat menangani isu-isu anda dengan berkesan dan dengan segera sebelum anda memfailkan sebarang aduan.

6. HUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda atau ingin melaksanakan sebarang hak sebagai Subjek Data, anda boleh menghubungi kami di:

  • Alamat: 700/11 Amata City Chonburi Industrial Estate, Khlong Tamru Sub-district, Mueang Chonburi District, Chonburi 20000
  • 038-469-700

Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami di:

E-mel: dpo.privacy@dit.daikin.co.jp

7. BAWAH UMUR

Menerusi DAIKIN AIR SELECT, DIT tidak Memproses sebarang Data Peribadi individu di bawah umur majoriti yang sah di negara-negara di mana DIT ditubuhkan, dan juga tidak membuat sebarang tawaran komersial atau cuba menghubungi mereka, melainkan wakil sah mereka telah memberikan persetujuan.

8. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MELINDUNGI DATA PERIBADI

DIT telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi bagi mengekalkan integriti dan keselamatan serta mencegah kemusnahan, kehilangan, perubahan, penzahiran tanpa kebenaran secara tidak sengaja atau menyalahi undang-undang, atau akses kepada Data Peribadi yang dihantar, disimpan atau Diproses dengan cara lain, selaras dengan Undang-Undang Perlindungan Data Terpakai.

9. PERUBAHAN LANJUT TERHADAP DASAR PRIVASI INI

DIT sentiasa berusaha meningkatkan usaha mereka dalam melindungi Data Peribadi. Dasar Privasi ini boleh diubah atau dikemas kini selaras dengan perundangan yang bakal berkuat kuasa, sama ada di peringkat antarabangsa atau kebangsaan. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang perubahan substantif dalam Dasar Privasi ini dan mendapatkan persetujuan anda, jika dikehendaki oleh undang-undang, melalui DAIKIN AIR SELECT.

Anda boleh mendapatkan versi terkini Dasar Privasi kami di https://daikinthai.com/product/aircreator/policy/bm

Kali terakhir diubah suai: 4 Disember 2025

ADENDUM KHUSUS NEGARA

ADENDUM MALAYSIA

Sekiranya anda berada di Malaysia dan memuat turun, mengakses, atau menggunakan DAIKIN AIR SELECT dari Malaysia, peruntukan-peruntukan khusus Malaysia berikut terpakai ke atas Pemprosesan Data Peribadi anda, sebagai pengganti atau tambahan kepada bahagian-bahagian yang relevan dalam Dasar Privasi:

6. HAK ANDA SEBAGAI SUBJEK DATA DAN CARA UNTUK MELAKSANAKANNYA

Selain daripada hak-hak anda yang telah dinyatakan di atas, anda boleh mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa, termasuk apabila diproses bagi tujuan-tujuan pemasaran langsung.

Bawah Umur - Sekiranya anda adalah seorang kanak-kanak bawah umur (seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang bidang kuasa tempat anda menetap), jangan berikan sebarang Data Peribadi kepada kami melainkan anda telah meneliti Dasar Privasi ini bersama ibu bapa atau penjaga sah anda, dan anda serta ibu bapa atau penjaga anda memahami Dasar Privasi ini, serta ibu bapa atau penjaga anda telah memberikan persetujuan mereka bagi pemprosesan Data Peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini. Sekiranya anda bersetuju dengan Dasar Privasi ini bagi pihak seorang kanak-kanak bawah umur, anda dengan ini memberi persetujuan untuk Data Peribadi kanak-kanak tersebut diproses selaras dengan Dasar Privasi ini dan anda sendiri menerima serta bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dalam Dasar Privasi ini.


DAIKIN AIR SELECT