Last modified: December 4, 2025
Sebelum mengakses atau menggunakan sebarang perkhidmatan yang disediakan melalui DAIKIN AIR SELECT ini, anda dikehendaki mendaftar akaun bersama kami dengan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap seperti yang diminta semasa proses pendaftaran serta bersetuju dengan Terma-terma Penggunaan DAIKIN AIR SELECT kami – sila baca terma tersebut dengan teliti. Dengan bersetuju kepada Terma-terma ini, anda mengakui bahawa anda memahami hak-hak dan obligasi-obligasi anda sebagai pengguna Perkhidmatan kami. Terma-terma ini merupakan suatu perjanjian yang mengikat secara sah di antara anda dan Daikin Industries (Thailand) Ltd. Semua istilah bermula huruf besar yang digunakan dalam Terma-terma ini ditakrifkan dalam Lampiran I – Definisi-definisi.
Kami, Daikin Industries (Thailand) Ltd., sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan dan wujud mengikut undang-undang Thailand, yang alamat pejabatnya terletak di No. 700/11, Village No. 1, Klongtamru Sub-district, Mueang Chonburi District, Chonburi Province 20000 (“DIT”, “kami”, “milik kami”), bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan DAIKIN AIR SELECT.
Perkhidmatan kami dihoskan pada pelayan-pelayan yang mungkin terletak secara fizikal sama ada di Thailand dan di bidang kuasa lain di luar Thailand, bergantung kepada keperluan-keperluan operasi.
Dengan mengakses atau menggunakan mana-mana Perkhidmatan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma ini, termasuk Dasar Privasi DAIKIN AIR SELECT. Jika anda tidak bersetuju dengan semua Terma ini dan Dasar Privasi DAIKIN AIR SELECT, anda hendaklah menghentikan akses dan penggunaan Perkhidmatan dengan serta-merta.
3.1. Anda boleh mengakses dan menggunakan Perkhidmatan hanya bagi kegunaan peribadi dan bukan komersial serta selaras dengan Terma-terma ini dan Dokumentasi. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan semua kunci API, ID pengguna dan maklumat kata laluan, dan tidak boleh berkongsi maklumat tersebut dengan mana-mana individu yang tidak dibenarkan. ID pengguna diberikan kepada individu, yang bernama dan tidak boleh dikongsi dalam apa jua keadaan. Anda mungkin bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang ditanggung oleh kami atau pihak-pihak lain akibat penggunaan tidak sah terhadap kelayakan atau akaun anda disebabkan kegagalan anda mengekalkan kerahsiaan maklumat tersebut. Jika anda sedar atau mempunyai sebab untuk mengesyaki sebarang pelanggaran keselamatan, akses tanpa kebenaran, atau penggunaan tanpa kebenaran terhadap kata laluan atau akaun anda, anda dikehendaki memaklumkan kami dengan segera dengan menghubungi pasukan keselamatan kami melalui butiran yang disediakan di bawah:
Email: info@dit.daikin.co.jp
3.2. Anda tidak boleh:
3.2.1. menjual, menjual semula, menyewa, memajak, menyediakan akses kepada, atau mensublesenkan Perkhidmatan kepada pihak ketiga, sama ada bagi keuntungan komersial atau sebaliknya;
3.2.2. mengganggu atau menjejaskan integriti atau prestasi Perkhidmatan atau mana-mana kandungan di dalamnya, termasuklah dengan memperkenalkan kod berbahaya, membebankan sistem, atau cuba menurunkan kualiti perkhidmatan;
3.2.3. cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada Perkhidmatan atau sistem-sistem atau rangkaian-rangkaian asas, termasuk melalui penggodaman, pengesanan kata laluan (password mining), atau cara-cara lain yang bertujuan memintas langkah-langkah keselamatan;
3.2.4. menggunakan Perkhidmatan atau data daripadanya untuk menyediakan atau menggabungkan Perkhidmatan ke dalam mana-mana produk atau perkhidmatan tak sah yang disedialan untuk pihak ketiga, atau mencipta tawaran yang bersaing, termasuk tetapi tidak terhad kepada membangunkan perisian atau perkhidmatan serupa berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Perkhidmatan;
3.2.5. menjurutera balik (reverse engineer), nyahkompilasi, nyahhimpun atau sebaliknya cuba mendapatkan kod sumber atau API bukan umum kepada Perkhidmatan, kecuali setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai (dan hanya setelah memberikan notis awal kepada kami), serta hanya bagi tujuan dan setakat yang diperlukan di bawah undang-undang tersebut;
3.2.6. memintas sebarang had-had teknikal dalam Perkhidmatan yang mengehadkan atau menyekat akses atau penggunaan Perkhidmatan atau mana-mana kandungan, fail atau hasil kerja lain, kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata oleh undang-undang terpakai tanpa mengambil kira had ini, termasuk dengan menggunakan alat-alat atau kaedah-kaedah bagi memintas sekatan keselamatan atau penggunaan;
3.2.7. merendahkan, menghalang akses, menyalin atau mengubah suai Perkhidmatan atau sebarang Dokumentasi, atau mencipta sebarang karya terbitan daripadanya;
3.2.8. memadam atau menyembunyikan sebarang notis pemilikan atau notis-notis lain yang terkandung dalam Perkhidmatan, termasuk notis-notis hak cipta, cap dagangan atau kerahsiaan;
3.2.9. menyebarkan maklumat secara umum mengenai prestasi Perkhidmatan, seperti keputusan-keputusan penanda aras atau metrik-metrik prestasi, tanpa kelulusan bertulis kami terlebih dahulu;
3.2.10. menggunakan nama atau cap dagangan kami, Daikin Group atau pihak ketiga lain yang dirujuk dalam penyediaan Perkhidmatan dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis kami, Daikin Group atau pihak ketiga, termasuk dalam bahan-bahan pengiklanan, pemasaran atau promosi;
3.2.11. menglibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang mengganggu atau menjejaskan Perkhidmatan kami (atau pelayan-pelayan dan rangkaian-rangkaian yang bersambung kepada Perkhidmatan kami), termasuk dengan menghantar sebarang cecacing, virus, perisian intip, perisian hasad atau kod lain yang merosakkan atau mengganggu, atau melancarkan serangan nafi khidmat (denial of service attack);
3.2.12. menyuntik kandungan atau kod atau sebaliknya mengubah atau mengganggu cara mana-mana bahagian Perkhidmatan kami diberikan atau dipaparkan dalam pelayar atau peranti pengguna, termasuk melalui penggunaan sambungan-sambungan pelayar, skrip-skrip atau cara-cara lain untuk manipulasi antara muka pengguna;
3.2.13. mengubah, mengalih atau mengubah suai mana-mana bahagian Perkhidmatan kami atas apa jua sebab, termasuk percubaan untuk menyesuaikan, menjenamakan semula atau mengubah rupa bentuk atau fungsi Perkhidmatan tanpa kebenaran;
3.2.14. menggunakan atau melancarkan apa-apa jenis sistem automatik, termasuk tetapi tidak terhad kepada “robot”, “spider” atau “offline readers”, dan lain lain, yang mengakses Perkhidmatan kami dengan cara yang menghantar lebih banyak mesej permintaan kepada pelayan kami dalam tempoh masa tertentu berbanding bilangan permintaan munasabah yang boleh dihantar oleh seseorang manusia dalam tempoh yang sama menggunakan pelayar web dalam talian biasa, atau sebaliknya cuba mengumpul data atau mengganggu operasi biasa;
3.2.15. merangka atau menghubungkan secara mendalam (deep link) ke mana-mana tapak web kami, termasuk dengan memasukkan Perkhidmatan kami ke dalam tapak web atau aplikasi lain tanpa kebenaran bertulis yang nyata;
3.2.16. mengakses (atau cuba mengakses) mana-mana Perkhidmatan kami, dengan apa jua cara selain daripada antara muka yang kami sediakan, termasuk melalui penggunaan API tidak sah, skrip atau alatan-alatan lain;
3.2.17. menggunakan Perkhidmatan kami bagi sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggaran undang-undang, peraturan-peraturan atau hak-hak pihak ketiga yang terpakai;
3.2.18. menggunakan Perkhidmatan dengan cara yang berada di luar tujuan asalnya, termasuk bagi aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan secara nyata oleh Terma-terma ini.
3.3. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami berhak pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu, untuk mengehadkan akses, mengubah, menggantungkan atau menghentikan mana-mana aspek atau ciri Perkhidmatan jika anda melanggar Terma-terma ini atau atas apa jua sebab yang berkaitan dengan penyelenggaraan, naik taraf, isu keselamatan, keperluan undang-undang atau peraturan, atau keperluan perniagaan.
3.4. Anda tidak boleh mengubah suai, menyalin, mengedarkan, menghantar, memaparkan, melaksanakan, menghasilkan semula, menerbitkan, melesenkan, mencipta karya-karya terbitan daripada, memindahkan atau menjual sebarang maklumat, perisian, produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diperoleh daripada Perkhidmatan.
3.5. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa sistem-sistem anda memenuhi keperluan perkakasan, perisian dan keperluan sistem lain yang terpakai bagi Perisian sebagaimana dinyatakan dalam Dokumentasi. Kami tidak akan mempunyai sebarang obligasi atau tanggungjawab di bawah Terma-terma ini bagi isu-isu yang berpunca daripada penggunaan sebarang perkakasan atau perisian pihak ketiga yang tidak disediakan oleh kami.
3.6. Tertakluk kepada Terma-terma ini, kami memberikan kepada anda lesen bukan eksklusif, tidak boleh disublesenkan dan tidak boleh dipindahkan untuk memasang dan menggunakan Perisian sepanjang tempoh lesen yang berkaitan bagi tujuan-tujuan peribadi dan bukan komersial anda sendiri, selaras dengan Terma-terma ini, Dokumentasi dan semua undang-undang terpakai.
Tertakluk kepada Terma-terma ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa kami boleh memantau penggunaan Perkhidmatan oleh anda, dan dengan ini memberikan kepada kami hak dan lesen bukan eksklusif, kekal, boleh disublesenkan, tidak boleh dibatalkan, di seluruh dunia dan bebas royalti untuk menerima, menghos, menyimpan, menganalisis, memproses, menambah baik, menyalin, menghantar, mengubah suai, mencipta karya-karya terbitan, menyelenggara, memaparkan atau sebaliknya menggunakan data anda (a) semata-mata untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda, dan (b) untuk menjana statistik penggunaan dan data penggunaan yang boleh kami gunakan bagi sebarang tujuan perniagaan dalaman, termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) menambah baik Perkhidmatan, (ii) menghasilkan dan berkongsi pandangan agregat yang diperoleh daripada statistic-statistik atau data penggunaan, atau (iii) membandingkan kadar penggunaan dan penerimaan antara pelanggan dan organisasi-organisasi lain; dengan syarat bahawa kami hanya akan menggunakan statistic-statistik dan data penggunaan tersebut dalam bentuk Data Tidak Mengenal Pasti (De-Identified Data). Kami tidak akan menzahirkan atau memberikan data pelanggan atau identiti-identiti pelanggan kepada pihak-pihak ketiga, kecuali sebagaimana diperuntukkan secara jelas dalam Dasar Privasi DAIKIN AIR SELECT, dan kami akan memiliki semua hak, kepentingan dan milikan terhadap Data Tidak Mengenal Pasti, statistik-statistik penggunaan dan data penggunaan, termasuk tanpa had semua hak harta intelek berkaitan. Kami akan melaksanakan perlindungan yang sesuai untuk memastikan Data Tidak Mengenal Pasti tidak boleh digunakan secara munasabah untuk mengenal pasti semula anda atau mana-mana individu.
5.1. Anda mengakui dan bersetuju bahawa dalam pelaksanaan dan pentadbiran Perkhidmatan, Data Peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama-nama, maklumat hubungan dan data penggunaan, akan dikumpul dan diproses bagi tujuan-tujuan menyediakan, menyelenggara dan menambah baik Perkhidmatan. Anda selanjutnya bersetuju bahawa jika anda memberikan kepada kami Data Peribadi mana-mana pihak ketiga bagi tujuan tersebut, anda akan memastikan bahawa anda mempunyai hak di sisi undang-undang dan telah mematuhi semua keperluan undang-undang untuk berbuat demikian selaras dengan undang-undang terpakai. Apabila kami memproses Data Peribadi anda berkaitan penyediaan Perkhidmatan, kami akan berbuat demikian selaras dengan Dasar Privasi DAIKIN AIR SELECT dan semua Undang-Undang Privasi Data yang terpakai.
5.2. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ralat dalam penghantaran, akses tanpa kebenaran oleh pihak ketiga, gangguan disebabkan kegagalan teknologi komunikasi pihak ketiga, atau sebab-sebab lain di luar kawalan munasabah kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada peristiwa-peristiwa force majeure, serangan siber atau kegagalan infrastruktur internet.
6.1. Anda mengakui bahawa anda hanya memperoleh hak dan lesen terhad, tidak eksklusif, tidak boleh dipindahkan dan boleh dibatalkan untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan semata-mata bagi kegunaan peribadi anda, tertakluk kepada pematuhan ketat terhadap Terma-terma ini. Perkhidmatan tersebut dilesenkan, bukan dijual, dan tiada hak milikan atau kepentingan pemilikan terhadap Perkhidmatan atau mana-mana harta intelek berkaitan dipindahkan kepada anda. Antara pihak-pihak, Perkhidmatan (termasuk tanpa had, sebarang kemas kini, naik taraf, pengubahsuaian, penyesuaian atau penambahbaikan ke atasnya) dan semua hak harta intelek di dalamnya adalah dan akan kekal sebagai harta milik tunggal dan eksklusif kami dan/atau rakan-rakan kongsi, pembekal-pembekal serta pemberi lesen kami. Tanpa mengira penggunaan perkataan “pembelian”, “penjualan” atau terma-terma seumpamanya dalam apa jua perjanjian, tiada hak pemilikan atau kepentingan disampaikan kepada anda di bawah Terma-terma ini berkenaan Perkhidmatan. Penggunaan dan akses anda terhadap Perkhidmatan tidak memindahkan kepada mana-mana pihak ketiga sebarang hak, milikan atau kepentingan terhadap hak harta intelek tersebut. Kami dan pembekal kami mengekalkan semua hak yang tidak diberikan secara jelas kepada anda.
6.2. Anda boleh memilih atau mungkin dijemput untuk mengemukakan Maklum Balas. Anda bersetuju bahawa penyerahan Maklum Balas adalah secara sukarela, tanpa bayaran, tanpa diminta dan tanpa sebarang sekatan, dan tidak meletakkan kami di bawah sebarang oligasi fidusiari atau lain. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami boleh menggunakan, menyalin, mengubah suai, menerbitkan atau mengedarkan semula Maklum Balas dan kandungannya bagi apa-apa tujuan. Anda dengan ini memberikan kepada kami hak dan lesen bebas royalti, di seluruh dunia, boleh dipindahkan, boleh disublesenkan, tidak boleh dibatalkan dan berkekalan untuk menggunakan, menyalin, mengubah suai, menerbitkan atau mengedarkan semula Maklum Balas dan kandungannya bagi sebarang tujuan, termasuk hak dan lesen untuk menggunakan atau memasukkan ke dalam Perkhidmatan sebarang cadangan, permintaan penambahbaikan, galakan atau Maklum Balas lain yang diberikan oleh anda berkaitan dengan Perkhidmatan. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, anda mengenepikan semua hak moral yang anda mungkin miliki terhadap Maklum Balas (atau bersetuju terhadap apa-apa tindakan atau peninggalan yang, tanpa persetujuan, akan melanggar hak moral anda) dan akan memastikan penepian (atau persetujuan terhadap pelanggaran) sebarang hak moral lain dalam Maklum Balas. Anda juga bersetuju bahawa Maklum Balas yang anda berikan tidak melanggar mana-mana harta intelek pihak ketiga dan bahawa anda berhak memberikan lesen tersebut kepada kami, dan kami tidak mengenepikan sebarang hak untuk menggunakan idea yang serupa atau berkaitan yang terdahulu telah diketahui oleh kami, dibangunkan oleh kakitangan kami atau diperoleh daripada sumber-sumber lain.
Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami berhak untuk menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan pada bila-bila masa jika kami secara munasabah mempercayai bahawa anda tidak bertindak dengan niat baik atau melanggar Terma-terma ini secara material. Dalam keadaan sedemikian, kami boleh memberikan notis kepada anda, namun tidak dikehendaki berbuat demikian, dan akses boleh ditamatkan serta-merta tanpa sebarang liabiliti kepada kami.
Apabila terdapat sebarang tamat tempoh atau penamatan Terma-terma ini, lesen anda kepada Perkhidmatan (walaupun tempoh lesen dikenal pasti sebagai “berkekalan” atau tiada tarikh tamat dinyatakan) akan tamat, dan anda hendaklah menghentikan penggunaan dan memadam (atau atas permintaan kami, memulangkan) semua perisian atau bahan-bahan lain milik kami yang berada dalam milikan anda, termasuk yang berada dalam mana-mana sistem pihak ketiga yang dikendalikan bagi pihak anda.
Peruntukan Artikel 1266 Kod Sivil Indonesia dengan ini diketepikan bagi penamatan Terma-terma ini setakat yang perlu, supaya penamatan Terma-terma ini tidak memerlukan sebarang perintah atau penghakiman mahkamah.
SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, KAMI TIDAK MEMBUAT SEBARANG JAMINAN KEPADA ATAU BAGI PENGGUNA YANG DIBENARKAN. SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI:
(A) SEMUA PERKHIDMATAN, SOKONGAN DAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL DISEDIAKAN “SEADANYA” (“AS IS”).
(B) KAMI DAN PEMBEKAL-PEMBEKAL KAMI TIDAK MEMBUAT SEBARANG JAMINAN DI SINI, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, STATUTORI ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN-JAMINAN KEBERDAGANGAN, HAK MILIK, KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU ATAU KETIDAKLANGGARAN.
(C) KAMI TIDAK MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN AKAN TANPA GANGGUAN ATAU BEBAS RALAT, ATAU BEBAS DARIPADA MASALAH-MASALAH LAIN YANG DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN INTERNET, KOMUNIKASI ELEKTRONIK, PLATFORM PIHAK KETIGA, ATAU SISTEM-SISTEM LAIN DI LUAR KAWALAN MUNASABAH KAMI, DAN KAMI TIDAK MENJAMIN BAHAWA KAMI AKAN MENYEMAK DATA PELANGGAN BAGI KETEPATAN ATAU MENYELENGGARA DATA PELANGGAN TANPA KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN.
9.1. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, dalam apa jua keadaan, kami atau pembekal kami tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa ganti rugi tidak langsung, kecil, istimewa, punitif, teladan atau berbangkit, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan hasil, kehilangan keuntungan, kehilangan penjimatan yang dijangka, kehilangan penggunaan peralatan atau kemudahan, kehilangan atau kerosakan data, kegagalan mekanisme keselamatan, gangguan perniagaan atau apa-apa kerosakan ekonomi dalam apa jua bentuk.
10.1. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami boleh mengubah suai Terma-terma ini pada bila-bila masa. Jika kami pengubahsuaian Terma-terma mungkin memberi kesan material kepada anda, kami akan menggunakan usaha yang munasabah secara komersial untuk memberikan notis yang munasabah kepada anda mengenai pindaan tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan berterusan Perkhidmatan selepas diberikan notis munasabah tentang pindaan kepada Terma-terma ini akan dianggap sebagai penerimaan dan persetujuan terhadap Terma-terma yang dipinda. Terma-terma ini terpakai untuk sebarang Kemas Kini DAIKIN AIR SELECT. Dari semasa ke semasa, kami mungkin menyediakan Kemas Kini Automatik. Kemas Kini Automatik tersebut boleh termasuk pengubahsuaian, penambahbaikan, pembetulan pepijat, tampalan keselamatan atau perubahan-perubahan lain yang boleh menjejaskan fungsi, ciri atau prestasi Perkhidmatan atau aplikasi-aplikasi berkaitan.
10.2. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Kemas Kini Automatik mungkin berlaku mengikut budi bicara tunggal kami, bahawa penggunaan berterusan anda terhadap Perkhidmatan mungkin bersyarat kepada penerimaan anda terhadap Kemas Kini Automatik, dan bahawa anda bersetuju terhadap Kemas Kini Automatik melalui penerimaan Terma-terma ini. Anda selanjutnya mengakui bahawa adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa peranti anda serasi dengan Kemas Kini tersebut dan bahawa Kemas Kini Automatik mungkin menjejaskan operasi peranti atau Perkhidmatan anda secara sementara atau kekal. Jika kami menyediakan terma-terma tambahan bersama suatu Kemas Kini, terma-terma tersebut akan terpakai kepada Kemas Kini tersebut. Jika kami memberikan Kemas Kini kepada anda, kami boleh, mengikut budi bicara tunggal kami, memerlukan anda menggunakan versi Kemas Kini dan menghentikan penggunaan versi-versi terdahulu. Kami berhak untuk mengemas kini, mengubah suai atau menghentikan mana-mana produk atau perkhidmatan yang disediakan kepada anda melalui penggunaan Perkhidmatan.
Terma-terma ini, subjeknya dan pembentukannya, ditadbir oleh undang-undang Thailand. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma-terma ini, termasuk sebarang persoalan mengenai kewujudan, kesahan atau penamatan Terma-terma ini, hendaklah diselesaikan melalui kaedah yang dipersetujui secara bertulis oleh anda dan kami. Jika anda dan kami gagal mencapai persetujuan dalam tempoh 30 hari selepas notis bertulis pertikaian oleh mana-mana pihak, pertikaian tersebut hendaklah diselesaikan secara muktamad oleh mahkamah-mahkamah Thailand.
Jika mana-mana peruntukan dalam Terma-terma ini diputuskan oleh mahkamah yang berbidang kuasa sebagai bercanggah dengan undang-undang, peruntukan tersebut akan diubah oleh mahkamah dan ditafsirkan sedemikian rupa untuk mencapai objektif-objektif peruntukan asal setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, dan peruntukan selebihnya dalam Terma-terma ini akan terus berkuat kuasa.
13.1. Perkhidmatan akan menyediakan Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh, termasuk tetapi tidak terhad kepada ciri-ciri yang membolehkan anda menghidupkan atau menghentikan peralatan, memulakan hentian kecemasan, melaraskan suhu setpoint, dan mengubah mod operasi. Anda mengakui bahawa Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh tersebut disediakan semata-mata sebagai kemudahan dan bahawa anda mengekalkan tanggungjawab penuh bagi operasi, penyelenggaraan dan pengawasan yang betul bagi semua peralatan, termasuk memastikan bahawa semua tindakan jarak jauh adalah sesuai dan selamat bagi peralatan dan persekitaran yang khusus.
13.2. Anda harus:
((a) memastikan bahawa hanya kakitangan yang terlatih dengan betul dan diberi kuasa menggunakan Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh;
(b) mengekalkan prosedur-prosedur sandaran dan kecemasan yang sesuai sekiranya berlaku sebarang kegagalan atau ketidaktersediaan Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh, termasuk prosedur-prosedur bagi operasi dan campur tangan manual;
(c) mengesahkan bahawa semua arahan dan konfigurasi jarak jauh adalah sesuai bagi peralatan dan keadaan-keadaan operasi, serta mengesahkan kejayaan pelaksanaan arahan tersebut;
(d) mematuhi semua garis panduan, amaran dan arahan pengilang peralatan; dan
(e) mengekalkan kawalan akses fizikal yang sesuai untuk mengelakkan penggunaan peralatan secara tidak dibenarkan atau tidak wajar, termasuk audit tetap ke atas kebenaran akses.
13.3. Anda mengakui dan bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi:
(a) sebarang perubahan yang dibuat kepada tetapan peralatan menggunakan Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh;
(b) memastikan semua pelarasan setpoint kekal dalam parameter keselamatan yang ditetapkan oleh pengilang dan tidak menjejaskan integriti atau keselamatan peralatan;
(c) memantau kesan-kesan sebarang arahan jarak jauh terhadap operasi peralatan dan kemudahan, termasuk tindak balas serta-merta kepada sebarang hasil buruk; dan
(d) mengekalkan pengawasan yang sesuai ke atas semua peralatan yang dikendalikan secara jarak jauh.
13.4. Kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan, kerosakan fungsi, kegagalan atau isu-isu lain yang timbul daripada penggunaan Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh oleh anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada isu-isu yang berpunca daripada arahan yang salah, salah konfigurasi atau kurangnya pengawasan yang betul, melainkan isu-isu tersebut disebabkan oleh kami.
13.5. Kami tidak mempunyai obligasi untuk memantau penggunaan Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh oleh anda atau untuk menyemak atau mengesahkan sebarang arahan, konfigurasi, atau tetapan yang dilaksanakan oleh anda. Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh tidak menggantikan keperluan bagi pemeriksaan, penyelenggaraan, dan pemantauan fizikal peralatan oleh kakitangan terlatih anda, dan ia hendaklah dianggap sebagai tambahan kepada aktiviti-aktiviti tersebut melainkan isu-isu tersebut disebabkan oleh kami.
13.6. Anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan bahawa akses kepada Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh adalah terhad kepada Pengguna Dibenarkan yang diberi kuasa, mengekalkan kawalan ketat ke atas kelayakan pengguna, dan menarik balik dengan segera akses bagi mana-mana kakitangan yang tidak lagi sepatutnya mempunyai akses tersebut. Anda mengakui bahawa akses tanpa kebenaran kepada Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh boleh mengakibatkan kerosakan peralatan, kerosakan kemudahan, kecederaan peribadi, atau akibat-akibat buruk lain setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, dan bahawa anda menanggung tanggungjawab tunggal untuk mencegah akses tanpa kebenaran sedemikian melalui langkah-langkah keselamatan yang kukuh dan semakan tetap log akses.
13.7. Walaupun Perkhidmatan akan berusaha untuk mengekalkan rekod-rekod operasi pengurusan jarak jauh sebagaimana yang diterangkan dalam Dokumentasi, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami tidak menjamin ketersediaan, ketepatan atau kelengkapan rekod-rekod tersebut. Anda hendaklah mengekalkan rekod-rekod bebas bagi semua operasi dan tetapan peralatan kritikal serta mengesahkan ketepatan rekod -rekod tersebut secara berkala.
13.8. Anda mengakui bahawa Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh adalah tertakluk kepada sambungan rangkaian, keserasian peralatan dan had-had teknikal lain seperti kependaman (latency), ralat penghantaran data, pepijat perisian, dan kegagalan perkakasan. Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh mungkin tidak tersedia buat sementara waktu disebabkan penyelenggaraan, isu-isu teknikal atau factor-faktor di luar kawalan kami, termasuk gangguan internet atau serangan siber. Anda hendaklah mengekalkan kaedah-kaedah alternatif bagi pengurusan peralatan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh bagi operasi kritikal atau fungsi keselamatan, serta memastikan bahawa rancangan kontingensi tersedia bagi pengawasan peralatan yang tidak terganggu.
Nama dan logo Daikin Industries Ltd. merupakan cap dagangan dan/atau tanda perkhidmatan berdaftar yang dimiliki secara eksklusif oleh Daikin Industries Ltd., dengan semua hak terpelihara. Anda tidak boleh menggunakan, menghasilkan semula, memaparkan atau mengedarkan cap dagangan tersebut dalam apa jua cara tanpa kebenaran nyata bertulis terlebih dahulu daripada Daikin Industries Ltd., yang boleh diberikan atau ditolak mengikut budi bicara tunggal Daikin Industries Ltd. Semua cap dagangan, tanda perkhidmatan atau logo lain yang dipaparkan dalam Perkhidmatan adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan di sini hanya bagi tujuan-tujuan pengenalpastian. Tiada apa-apa dalam terma-terma ini boleh ditafsirkan sebagai pemberian, secara tersirat, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana cap dagangan, tanda perkhidmatan atau logo yang dipaparkan dalam Perkhidmatan tanpa kebenaran bertulis daripada Daikin Industries Ltd. atau pihak ketiga berkenaan yang memiliki cap dagangan tersebut.
15.1. Sebarang Perisian yang disediakan untuk dimuat turun daripada Perkhidmatan merupakan karya berhak cipta milik kami. Penggunaan Perisian adalah tertakluk sepenuhnya kepada Terma-terma ini dan Perjanjian Lesen, jika ada, yang mengiringi atau disertakan bersama Perisian tersebut. Anda tidak boleh memasang atau menggunakan sebarang Perisian yang disertakan atau termasuk dengan Perjanjian Lesen melainkan anda bersetuju sepenuhnya dengan terma-terma Perjanjian Lesen tersebut. Perisian disediakan untuk dimuat turun hanya bagi kegunaan peribadi anda atau kegunaan perniagaan yang dibenarkan, dan hanya selaras dengan Perjanjian Lesen. Sebarang penghasilan semula, pengagihan semula atau penggunaan Perisian yang tidak selaras dengan Perjanjian Lesen adalah dilarang secara nyata oleh undang-undang dan boleh mengakibatkan penalti sivil dan jenayah yang berat, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi kewangan, injunksi dan pendakwaan. Pelanggar akan didakwa setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai.
15.2. TANPA MENGEHADKAN YANG TERSEBUT DI ATAS, PENYALINAN ATAU PENGHASILAN SEMULA PERISIAN KEPADA MANA-MANA PELAYAN ATAU LOKASI LAIN BAGI PENGHASILAN SEMULA ATAU PENGAGIHAN SEMULA ADALAH DILARANG SECARA NYATA, MELAINKAN PENGHASILAN SEMULA ATAU PENGAGIHAN SEMULA TERSEBUT DIBENARKAN SECARA NYATA OLEH PERJANJIAN LESEN YANG MENGIRINGI PERISIAN TERSEBUT. PERISIAN DIBERIKAN JAMINAN, JIKA ADA, HANYA MENGIKUT TERMA-TERMA PERJANJIAN LESEN. KECUALI SEPERTI YANG DIJAMINKAN DALAM PERJANJIAN LESEN DAN SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, KAMI DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA JAMINAN DAN SYARAT BERKAITAN PERISIAN, TERMASUK SEMUA JAMINAN DAN SYARAT KEBOLEHDAGANGAN, SAMA ADA SECARA NYATA, TERSIRAT ATAU STATUTORI, KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU, HAKMILIK DAN KETIDAKPENCEROBOHAN. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KECIL, KHAS ATAU BERBANGKIT YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN PERISIAN, WALAUPUN TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI TERSEBUT.
15.3. BAGI KEMUDAHAN ANDA, KAMI MUNGKIN MENYEDIAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PERKHIDMATAN ATAU DALAM PRODUK PERISIAN KAMI, ALATAN DAN UTILITI UNTUK DIGUNAKAN DAN/ATAU DIMUAT TURUN. SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, KAMI TIDAK MEMBUAT SEBARANG JAMINAN BERKAITAN KETEPATAN, KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KESESUAIAN HASIL ATAU OUTPUT YANG TERHASIL DARIPADA PENGGUNAAN ALATAN DAN UTILITI TERSEBUT, DAN PENGGUNAAN TERSEBUT ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. SILA HORMATI HAK HARTA INTELEK PIHAK LAIN SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DAN UTILITI YANG DISEDIAKAN DALAM PERKHIDMATAN ATAU DALAM PRODUK DAIKIN GROUP.
Anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan memastikan DIT, Daikin Group serta para pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen masing-masing bebas daripada sebarang dan semua kerugian, ganti rugi, liabiliti, tuntutan, permintaan, tindakan dan perbelanjaan (termasuk fi dan kos guaman munasabah) yang timbul daripada atau berkaitan dengan (i) penyalahgunaan Perkhidmatan oleh anda; dan/atau (ii) apa-apa pelanggaran material terhadap Terma-terma ini oleh anda termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggaran Klausa 3 dalam Terma-terma ini. Obligasi menanggung rugi ini akan terus berkuat kuasa selepas penamatan atau luputnya Perjanjian ini.
Bagi pertanyaan berkenaan Terma-terma ini atau Perkhidmatan kami, sila hubungi kami melalui butiran hubungan yang disediakan di bawah.
app_support@dit.daikin.co.jp
Istilah-istilah berhuruf besar yang digunakan di sini dan tidak ditakrifkan selainnya akan mempunyai maksud sebagaimana diperuntukkan dalam Terma-terma ini.
a) “Kemas Kini Automatik” bermaksud “tolakan” automatik atau Kemas Kini melalui udara (over-the-air) ke telefon mudah alih, tablet, komputer riba, komputer meja atau peranti pengkomputeran lain milik pengguna melalui sambungan selular atau internet.
b) “Data Pelanggan” bermaksud apa-apa data dalam apa jua bentuk yang dikemukakan kepada Perkhidmatan oleh atau bagi pihak pengguna, termasuk tetapi tidak terhad kepada data yang dikemukakan, dimuat naik atau diimport kepada Perkhidmatan oleh pengguna (termasuk daripada Platform Pihak Ketiga).
c) “Pengawal Data” bermaksud suatu entiti undang-undang yang menentukan tujuan-tujuan dan cara-cara pemprosesan Data Peribadi.
d) “Undang-undang Privasi Data” bermaksud undang-undang kebangsaan, persekutuan, negeri dan wilayah yang terpakai berkaitan privasi data, perlindungan maklumat atau data peribadi, serta pemindahan rentas sempadan maklumat atau data peribadi dalam bidang kuasa tempat Perkhidmatan ditawarkan, termasuk, tanpa had, Akta Perlindungan Data Peribadi B.E. 2562 Thailand, Undang-Undang Nombor 27 tahun 2022 mengenai Perlindungan Data Peribadi Indonesia, .
e) “Daikin Group” bermaksud Daikin Industries Ltd. dan anak-anak syarikatnya.
f) “Data Tidak Mengenal Pasti” bermaksud data dalam bentuk yang dianonimkan, dinyahidentifikasi atau diagregat yang tidak mengenal pasti pengguna atau mana-mana identiti individu.
g) “Dokumentasi” bermaksud dokumentasi pengguna teknikal yang disediakan bersama Perkhidmatan.
h) “Maklum Balas” bermaksud ulasan, cadangan atau idea mengenai Perkhidmatan, termasuk cara untuk menambah baik Perkhidmatan.
i) “Perjanjian Lesen” bermaksud terma-terma lesen pengguna akhir yang mengawal penggunaan Perisian yang disediakan melalui Perkhidmatan, sebagaimana disediakan oleh DIT dan/atau pihak-pihak ketiga.
j) “DAIKIN AIR SELECT” bermaksud aplikasi DAIKIN AIR SELECT.
k) "Dasar Privasi DAIKIN AIR SELECT" bermaksud Dasar Privasi berhubung Perkhidmatan sebagaimana diterbitkan di DAIKIN AIR SELECT dan sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa oleh DIT.
l) “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan individu yang masih hidup yang membolehkan pengecaman individu tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
m) “Perkhidmatan” bermaksud aplikasi DAIKIN AIR SELECT yang dibangunkan dan dikendalikan oleh DIT dan diberikan kepada pengguna sebagai aplikasi.
n) “Perisian” bermaksud apa-apa perisian yang disediakan untuk dimuat turun daripada Perkhidmatan.
o) "Terma-terma" bermaksud Terma-terma dan Syarat-syarat Penggunaan Perkhidmatan sebagaimana diterbitkan oleh DIT di DAIKIN AIR SELECT dan sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa oleh DIT.
p) “Platform-platform Pihak Ketiga” bermaksud sebarang perisian, perisian-sebagai-perkhidmatan, sumber-sumber data atau produk-produk atau Perkhidmatan lain yang tidak disediakan oleh DIT tetapi berintegrasi dengan atau boleh diakses melalui Perkhidmatan.
q) “Kemas Kini” bermaksud apa-apa kemas kini kepada Perkhidmatan serta mana-mana aplikasi (jika ada) yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan yang boleh, mengikut budi bicara tunggl kami, disediakan atau diberikan.
r) “Ciri-ciri Pengurusan Jarak Jauh” bermaksud fungsi pengurusan jarak jauh bagi peralatan tertentu.